Carta Aliran Kepanduan Di Sekolah Rendah & Menengah
Anugerah Ketua Pesuruhjaya
Pra-Syarat:
- Mempunyai Tali Perkelilingan
- Mempunyai Permit Perkhemahan atau Lambang Krafkayu
- Mempunyai Bintang Renjer Puteri 1
- Menganuti satu agama atau kepercayaan dan mengamalkan ajaran agama atau kepercayaan dan menghadiri perhimpunan / majlis keagamaan
- Menghantar borang permohonan yang perlu sampai di Ibu Pejabat Kebangsaan tiga (3) bulan sebelum calon meningkat umur 17 tahun
- Menghadiri Bengkel Anugerah Ketua Pesuruhjaya dengan jayanya
Anugerah Pandu Puteri Raja
Prasyarat:
- Calon telah lulus Bengkel Anugerah Ketua Pesuruhjaya Malaysia.
- Calon telah memperoleh Bintang Pandu Puteri II dan Bintang Pandu Puteri III.
- Calon berjaya merancang dan mengendalikan satu projek khidmat masyarakat selama sekurang-kurangnya tiga bulan secara berterusan dengan memberi tumpuan minimum empat jam seminggu.
- Calon telah menyertai dengan jayanya Bengkel Selalu Sedia sebelum calon meningkat umur 18 tahun.